Rabu, Desember 18, 2013

Ada tiga golongan dimana Allah tidak akan bercakap dengan mereka

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda:

Ada tiga golongan dimana Allah tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menengok kepada mereka dan tidak membersihkan mereka daripada dosa, bahkan mereka mendapat siksa yang pedih:

1. Orang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, tetapi tidak mahu memberi orang yang kehausan dalam perjalanan.

2. Orang yang menawarkan barang dangangannya dengan sumpah palsu sesudah 'Ansar, dengan mengatakan modalnya sebegini dan sebegitu. Pembelinya percaya saja, padahal yang sebenarnya tidak begitu.

3. Orang yang bersumpah setia kepada pemimpin untuk mengharapkan keuntungan dunia. Apabila dia beroleh keuntungan dipenuhinya janjinya, tetapi apabila tidak, tidak dipenuhinya.

HR Muslim